Thursday 15 November 2012



Entah masih kah ada, 
cinta dihatiku untuk mu.
entah kapan kah ku dapat,
membuka hati, 
untuk mu..

Terfikir tak bila dengar lagu ni.. Apa yang saya rasa? I just can't get over you AGAIN, Faris. I'm sorry but I'm hurts enough. Enough with the drama and sketsa. Enough for the second third and fourth chance that I gave to you. You never appriciated me, well as you can appriciate your friends. Amboii, omputih pula :p Bukan maksud nak membenci atau apa, tapi mungkin kerana sudah tiba masanya saya buka mata dan terus membuka hati untuk orang lain. Tapi, bukan senang untuk terus buka hati kepada orang lain. Terima kasih kerana buat saya macam ini. Terima kasih kerana memulangkan hati saya dengan kejam tanpa belas kasihan :')

Loves,
Adr K


Wanna kick me? You're please to do so! :D

So far

WAHAI WARGA BLOG SEKALIAN,
EHEM. ASSALAMUALAIKUM :)

Hi awak! Ye awak awak awak yang berada di hadapan screen ni. *lambai tangan* Sihat tak sihat tak? Haa saya sihat, tapi macam demam. Oklah, sebenarnya demam. Demam apa? Siapa nak jawab macam biasa angkat kaki! Ok 1,2,3. Yeayy, benar dan tepat. Demam rinduuuuuuu kepada si dia, lala. Ingat ada Ombak Rindu ja? Demam Rindu pun ada jugak, artis baru nyanyi. Eceh :p Takdalah. Ni kes makan durian, rambutan dan hujan yang tidak menentu kot? Terpaksalah redah dan menghadapi dugaan ni. Seddiihh :/

So far, semua dapat saya lalui dengan lancar. Alhamdulillah. Walaupun, dia busy kerja dan kerja dan reply text mcm tut tut tapi saya faham sbb dia cakap sana line teruk :/ Tempat tu banyak beruk, mmg teruk. Haha sepeseeeeen. It's okay, I do understand you. And your work too. So, goodluck for everything tau tau? Awak yg pilih nak kerja so awak kena jugak kerja untuk pengalaman diri awak dan orang lain. Ni kes masuk Tourism niiii, haihh mcm murtad Auto ja? :D Hehh

Hm pastu tadi laparrr puunya pasal kan so semua bersiap pi makan dekat Kajangjangjang. Makan apa tu Satay Willy and Burger Bakar Abang Lan. Ya Allah! Yg amik order dkt Burger Bakar tu comel macam Aliff Aziz tapi tapi comel lagi jantung saya :3 lpstu perut boroiii ke depan habis aih makan gila bapak banyak. Sorry bapak saya ada sorang ja, Kamsani wwuuu wuu gimme 5 ayah! Cewah, senget dah minah ni sebab perut full :P

Next, esok kan esok kan hari Jumaat kan? Esok 16 Nov kan? Esok ada flight Airasia dari Kuala Lumpur ke  Langkawi kan? Esok pukul 4,20 petang kan? Esok saya salah seorang penumpang flight tersebut kan? Esok saya bakal terbang ke Langkawi kan? Esok saya bakal tiba di Langkawi pada jam 5.30 petang kan? Esok saya bakal senyum ke telinga kan? Esok saya nak pergi jumpa jantung saya kan? SO SAYA HAPPY! Saya happy, saya happy sebab saya rindu dia :/ Rindu sangat sampai demam ni. Sampai mimpi terlepas flight bagai, Ya Allah.. Jangan lah sampai semua tu terjadi. Nak balik sana, nak jumpa dia aihhh :( Bagi peluang nah nah? Hihi. Dah takda benda nk ckp dah, esok post lain eh? Byeeee semua semua! :D

Loves,
Adr K

Wednesday 14 November 2012

Strong



I try to smile, hiding the tears that falls for you :/






"Menunggu sesuatu yang sulit untuk ku jalani"
Adakah senang untuk meneruskan hidup tanpa orang yang kita sayang?
Fikirkan, dan kembali dengan jawapan.


Mati


Ya Allah, kenapa mesti aku? The QUEST is, why meeeee? Tak cukup ke selama ni aku sakit hati dengan pelbagai karenah orang yang aku kena tahan. Sekarang pun? Dekat FB, kena tengok dia dan dia. Dekat Skype dia dan dia. Sekarang, dekat twitter pulak? Dekat mana lagi aku nak cerita perasaan aku kalau blog ni pun dah tahu? Aku bukan robot. Aku bukan batu. Aku ada perasaan. Aku ada hak. Aku ada air mata, dan bukan tangki air yang boleh dibuka sesuka hati bila dah cukup tadahan, boleh tutup! Kenapa semua orang tak faham? Atau buat buat tak faham sebab nak seksa aku? Sakitnya hati.. Jantung rasa nak jatuh, hati rasa kena hiris bila nampak dia. Bukan jealous, ye mungkin jealous tapi boleh bagi sedikit ruang untuk aku dengan dia je sebelum waktunya tiba? :/ Tolong.. Aku tak larat nak menangis :( Salah aku ke dah mula sayang dia? Salah aku ke tak bertindak awal awal jauhkan perasaan ni? Ya Allah. Kalau menjauh kan diri daripada semua ni, kuatkan aku :')

Loves,
Adr K

Monday 12 November 2012

Aku Suka Dia


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

But here, in my story, my situation, I might be the one who can sing this songs tapi lyric last tu dah boleh buang kot? Sebab saya tak terima cinta dari dia. Saya tak terima nota macam mana Ainan Tasnem terima. Untung dia bahagia, bukan macam saya. Ye, saya tau. Saya mungkin boleh dapat yang lebih baik, tapi saya belum bersedia nak terima yang lain lepas awak dah berjaya buka hati saya setelah sekian saya merana menutup pintu hati yang lara lagi sengsara kerana sebuah cinta yang telah lama terjalin.. Mati begitu sahaja dek kerana perangai dan ego nya. Haih, sedihnya ayat saya :( Takpalah, awak. Saya tunggu awak, walaupun saya tau.. Umur sangat berbeza. Sedangkan Siti Khadijah dan Rasullulah pun 15 tahun beza, ini kan lagi kita manusia yang hina. Eceh, Adreena. Itu zaman bilaaaaaa, ni sekarang. Semua nak yang perfect, bukan mcm hg. Gila punya Adreena. K aku gila, bye *sobs* Dak, in conclusion ialah.. terima kasih kerana hadir dalam diri saya.

Loves,
Adr K



Sunday 11 November 2012

Fact?


Assalamualaikum warga warga Blogggggeeerrr. Whaddup? Hihi

Amboi sopannya bahasa. Apa khabar? Haa cenggini ah baru bapak mertua suka, bukan mak :P Hi semua semua semua di seluruh perusuk dunia. Dunia tu, wuuu. Hm hm the whole day of yesterday takda masa nak post apa -apa.Cuba teka sebab apa? Siapa nak jawab angkat kaki! K ni terlampau. Sebab utama yang dialami adalah kerana.. I don't even remember my password! Haha teruk nya teruk nya saya -.- Tapi skrg dah ingat sebab kalau on dkt lappy Mumy, mesti automatic blog saya keluar. Kalau dekat lappy Ila, haihh log in la jawabnya. Itu lah punca kenapa tak post apa apa. Maaf, tak buat dah. Lepasni saya mesti ingat password saya *Set dalam otak*.

Jadi.. Pagi semalam saya tidur, sehinggalah terbitnya jam 12 di telefon bimbit saya ni. Baru lah terkial-kial nak bangun. Arghhhh *menggeliat* huduh perangai anak dara mcmni. Hihi lepastu, turun bawah tgk tv mandi and siap siap nak keluar. Nak pergii amik BB saya yg masuk hosp tu :/ Kesian diaaaa, tapi padan muka. Siapa suurh buat hal? Ha so sementara tunggu Mak Datin kita pergi makan dekat rumah sebelah sbb Birthday Party anak jiran yang kecik tu, saya pun mandi dan mandi dengan feelingnya nyanyi kuat kuat tapi kali no volume perlahan sebab rumah sebelah ada ramai, segan :$ Kalau tak mmg suara saya ja dkt situ, takda sapa berani nk challenge pasai depa nk dgq suara saya lah. Hehe perasan :3 Lebih kurang 30 minit jugak lah saya mndi, kluar lap lap (tu pun nak cerita), ambik baju cari iron tak jmpa? Makkk aiii. Mana iron? lari ke mana? Cari punya cari, give up :/

Terus lah text Mumy tanya mana Iron, belum dia reply saya jumpa dah iron dalam bilik kakak saya. Jadi, tanpa melengah masa.. Saya pun ambil lah Iron dan gosok baju, tudung. Ehem, tudung? Iya, tudung. Saya dah ada penampilan baru. Alhamdulillah, doakan terus macamni tau? Atau ke arah purdah terus. InsyaAllah. Besar harapaaaaan saya kan? Hihi :)


Tadaaaaaaa :D Ni lah saya pakai semalam. Imma Woman In Pink (Not totally pink act) Lalala. Manis tak senyuman saya? Cayaq dak cayaq dak? Tak cayaq sudah. Tak payah baca dah, shuh shuhh :p Dah, sambung cerita.. Saya pun siap dan terus keluar berlalu ke arah Banting. Mula mula singgah bank sebab Mumy nk tgk acc dia, lepastu pergi ambik BB saya dan ke kedai mainan sebab belikan Aidil Car Racing Remote dan Piano Board untuk adinda saya, Asyiqin. Quite jealous of them! Dulu aku nak mintak phone mainan yang tekan 1 2 3 Can I help you tu pun payah k :/ Padehal mintak Barbie bagai, menipu ja ><' Jalan punya jalan.. Saya laparrr. Apa lagi? Menuju ke MCD laaaahhh :D Saya makan Mc Chicken ohhh Mc Chicken peberet hatiku. Yummyyyzz. Lihatlah wajahkuuuuuuu.



Selesai sudah makan, kenyang alhamdulillah. Lepastu pergi Giant pulak sebab nk beli Madu saya. Saya sukaaaaaaaaa sangat dengan madu. Tu pasai senyuman saya manis, alahai perasan lagi. Tolong sepak saya sekali? *PANG* k dah. Terima kasih, berpinar mata. Haha takpelah. Dan destinasi terkahir selapas Giant adalah rumah manisss ku.

Setibanya di rumah.. saya online dan online dan lepak borak borak dan mandi dan online semula. Saya syok ni dah pakai BB balik. Tak sampai 5 min, saya dapat balik kawan kawan BBM saya yang dulu walaupun tak semua sebab ramai tak online tapi dapatlah kutip baru 15 orang.. Saya pun busy lah BBM, text, online semua. Hm mula mula tu sedih la sebab orang tu tak text dah drpd ptg, sbb hujan and takda cred. Takpalah, saya faham :') Lama mana pun saya tunggu jugak. Kan adreena? Iya iya *Angguk kepala* Oh lepastu, tiba tiba di text. Ya Allah, masa tu kan senyuman saya yg smpai ke telinga ni tak cukup nak menunjukkan betapa happy nya saya. Rasa macam nak pinjam kepala org lain letak tepi tolong sambung senyuumm. Nampak disitu? Hihi lpstu saya tergerak hati nak tengok Fb dia. Saya pun buka lah, dan terkedu sebentar.

Kenapa? Apa dah jadi? Semua soalan tu bermain di fikiran saya sehinggalah saya bertanyakan kepada tuan badan sendiri. Mula mula dia taknak cerita, k terasa lah kan. Dan akhirnya dia cerita. Ye, dia cerita. Saya membantu. Tapi kenapa airmata ni mengalir? Kenapa airmata ni keluar ni? Ya Allah.. Taktau lah. Saya rasa macam jantung saya jatuhhhhh menjunam secara tiba tiba. Saya tak boleh tunjuk saya lemah, saya mesti kuat! Saya bagi dia nasihat yang positif dan akhir sekali saya mengalah. Maaf, awak tak pernah tau saya ni hati tisu, ratu air mata dan mudah menangis. Bagus kan selama ni lakonan saya sebagia seorang yang tabah? Iya, saya memang seorang yang tabah. Tapi setabah-tabah manusia, pasti ada sesuatu yang akan membuatkan dia menitiskan air mata. Saya minta maaf, saya terpaksa tinggalkan awak semalam.Saya takda tempat nak pergi dah. Tengok FB, sakit hati. Saya hidekan diri dalam FB. Biar dia takpayah cari saya dah. Akhirnya, saya menjejakkan langkah ke Twitter. Di situ, saya lepaskan semua nya :/ Status BBM juga begitu. Keadaan jadi tak mementu. Saya buntu. Pandangan saya menjadi gelap. Rupnya, saya tertidur dengan linangan airmata. 

Adreena, sedarlah. Dia bukan milik awak :') Takpalah. Saya kuatkan hati. Dia text lagi, kali ni tanpa senyuman di wajah saya tetapi linangan air mata sekali lagi.. Saya give up. Saya taknak jadi Ego. Saya reply dengan apa yang saya mampu, dan akhirnya saya tertidur. Kot? Tak ingat. Teruknya saya down semalam.   Down yang teramat sangat. Rasa macam nk kena pijak pun ada. Amboii, ayat. Berani nak pijak? Mehhhh saya pijak balik. Takpa, Adreena kuat :D Kan? Hihi. Lps text tu, saya terus tidur sebab otak saya terlampau serabut. Itu cerita saya semalam. Kesian tapi padan muka :D K lah, saya nak tgk tv. Bye semua semuaaaaaa.

Loves,
Adr K

Friday 9 November 2012



Assalamualaikum, and good morning. Argghhhh, pagi pagi pagi semua :)
 Let's start the day with a big smile on your face!
  

Loves, 
Adr K



Hi nama saya Gedik :* Tolonggggg saya bosan.

Nampak tak senyuman tu? Hmm lama tak nampak aku senyum selebaq tu.. Tapi sekarang dah boleh. Dengan kehadiran mereka mereka yang mampu membuatkan sebuah ukiran senyuman muncul dikala aku sunyi mahupun marah. Indah dunia bila ada yang sentiasa berada di sisi kan? Sedih ayatt aku kan? Tapi apakan daya. Itulah kebenaran yang telah lama aku nak cakap sebenarnya. Dulu rajin la kes kes terencat macam ni, tapi sejak kejadian kaki nak naik dekat muka dia tu.. Hidup mula berubah. Langit bagaikan tiada warna selain hitam dan gelap.. Malah, hati juga turut begitu. Aiceyy, tengok. Bersastera bukan main. Kesimpulan, terima kasih Adib Akram Ayna Ahmad Iqbal Qia Auni Marley Siti Shafikah Syahmy Azreen kerana berada di sisi :')

KA114A148? Gulp.
InsyaAllah, everything will be okay :')


1st

Assalamualaikum. Hiii people, welcome to my 2nd blog.. Since I can't remember my old one :p And give up  nak tekaaa, dah banyak kali lenguh perah-perah otak nak ingat. Ya Allah, dah terbuang dengan ilmu Sejarah kot. Here, I will share my happy, sadness and InsyaAllah, I will share something's good for all of us too. Orang suka cakp aku pot pet pot pet, nahhh amik kau punya pot pett. So,enjoy guys! :*

Loves,
Adr K